Friday, July 1, 2022

RUTIN DALAM BILIK DARJAH

 RUTIN DALAM BILIK DARJAH

Setiap bilik darjah pasti akan disediakan satu jadual kebersihan dan ia berfungsi untuk mengajar setiap pelajar sikap tanggungjawab dan pentingkan masa. Jadual kebersihan inilah yang dikatakan menjadi rutin harian dalam bilik darjah sebelum waktu pembelajaran dimulakan. Rutin dalam bilik darjah membawa definisi iaitu perkara yang perlu dibuat berulang-ulang kali di dalam bilik darjah dan bertujuan untuk melancarkan proses pembelajaran. Hasil daripada rutin yang dibuat ini dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan guru malah masa tidak terbuang dengan membersihkan kelas semasa sesi pembelajaran telah dimulakan.

Antara contoh rutin dalam bilik darjah ialah membersihkan kelas, membuang segala sampah yang ada dan menyusun kerusi meja dalam keadaan selesa supaya aura positif dan ketenangan untuk belajar dapat dicapai. Gambar rajah dibawah menunjukkan contoh pelajar melakukan rutin di dalam bilik darjah sebelum sesi pembelajaran bermula.




RUJUKAN

RUTIN DAN PERATURAN BILIK DARJAH. (2021).tarikh mengakses 16 April 2022, dari https://www.scribd.com/embeds/90622018/content?start_page=1&view_mode=scroll&access_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf

MEMBINA HUBUNGAN BAIK DENGAN PELAJAR


 

      Hubungan baik dengan pelajar amatlah penting kerana ia bertindak sebagai suatu bentuk sokongan emosi dan sokongan akademik. Sokongan emosi bermaksud pelajar lebih mudah untuk menceritakan segala masalah yang mereka alami kepada guru kerana mereka merasakan bahawa guru adalah orang yang boleh dipercayai dan dapat membantu mereka malah sokongan emosi ini juga melibatkan kecenderungan pelajar dari segi disiplin mereka. Hal ini kerana andai mereka mengalami gangguan emosi dan tiada tempat untuk meluahkan segala isi hati, guru akan menjadi mentor atau tempat pelajar untuk bercerita maka pelajar akan berasa seronok dan yakin untuk ke sekolah.
 
     Sokongan akademik pula bermaksud pelajar akan menjadi yakin untuk berkongsi masalah mereka dalam pelajaran kepada guru tambahan pula dapat mewujudkan sikap hormat-menghormati antara antara satu sama lain. Hubungan baik antara guru dan pelajar penting untuk memastikan pelajaran dapat disampaikan dengan sempurna dan meningkatkan tahap disiplin pelajar. Seterusnya, ia dapat meningkatkan pencapaian akademik pelajar kerana minat pelajar akan bertambah dan pelajar akan mudah memberikan kerjasama kepada guru-guru.

Rujukan:

S. (2020, August 2). kepentingan dalam membina hubungan guru dengan murid.docx. Scribd. https://www.scribd.com/document/471154375/kepentingan-dalam-membina-hubungan-guru-dengan-murid-docx

SUSUN ATUR BILIK DARJAH

     Susun atur bilik darjah  pada abad ke-21 ini sangat berbeza dengan susun atur pada ketika dulu kerana ia melibatkan interaksi antara guru dan pelajar supaya guru dapat menguasai dan mengelola keseluruhan kelas supaya tiada lagi isu pelajar tercicir. Susun atur ini amat penting bagi merapatkan lagi hubungan natara guru dan pelajar agar segala ilmu yang dicurahkan sampai kepada pelajar dan pelajar lebih mudah untuk bertanyakan soalan kepada guru. Ini lah yang dikatakan pembelajaran abad ke-21 yang melibatkan interaksi dua hala. Jika sebelum ini, hanya guru sahaja yang lebih bersemangat manakala pelajar tidak dapat melakukan aktiviti dan bertanyakan soalan dengan baik.

SUSUNAN MEJA SECARA BERKUMPULAN ATAU INDIVIDU

    Susun atur bilik darjah ini dapat dilaksanakan dengan beberapa kaedah seperti susunan meja secara berkumpulan atau individu. Sebenarnya, banyak kebaikan dan kelebihan yang akan diperolehi jika susun atur bilik darjah ini diamalkan kerana susun atur bilik darjah yang baik akan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Susunan meja secara berkumpulan dapat membantu pelajar menguasai 4K iaitu komunikasi, kolaberatif, kritis dan kreatif manakala susun atur meja secara individu pula mendidik pelajar supaya lebih fokus dan berdikari sendiri dalam menyelesaikan tugasan dan masalah.
     
     Susun atur secara individu ini pula membantu guru untuk memantau pelajar dengan lebih mudah dan secara menyeluruh. Situasi ini juga akan membantu untuk mewujudkan suasana yang tenang kerana pelajar tidak dapat berborak dengan rakan sebelah malah mereka lebih fokus kepada apa yang disampaikan kepada mereka. 

Berikut merupakan susunan meja secara berkumpulan dan individu:





MEWUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI

Perpustakaan mini amatlah penting untuk dijadikan sebagai tapak bagi melatih para pelajar agar menjadi individu yang rajin untuk membaca dan meluangkan masa terlapan dengan perkara yang berfaedah. Selain memudahkan pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan tambahan, ia juga membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan produktif.

Dibawah ini merupakan contoh perpustakaan mini di dalam bilik darjah :





 

AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH

Dalam setiap bilik darjah, guru perlu melaksanakan strategi berkesan bagi memastikan bahawa apa yang disampaikan kepada setiap pelajar dapat diterima dalam keadaan baik. Maka dengan itu, guru di semua sekolah mengambil inisiatif dengan menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Hal ini kerana peratusan pelajar untuk memahami setiap topik akan menjadi lebih mudah andai aktiviti bersama rakan-rakan dapat dijalankan di dalam bilik darjah.

Terdapat banyak jenis aktiviti yang dijalankan di bilik darjah dan ia melibatkan beberapa kumpulan yang dipilih oleg guru mata pelajaran tersebut. Kemudian, setiap kumpulan akan diberi bahan dan topik yang perlu dicari isi penting dan diletakkan pada bahan yang diberi. Namun begitu, semua ahli kumpulan perlu memahami setiap apa yang disampaikan agar segala persoalan dan ilmu yang hendak dikongsi menetapi topik yang dipelajari. 

Ini merupakan contoh aktiviti peta i-think yang dilakukan oleh pelajar:


Selain dari itu, aktiviti bersama dengan pelajar juga dapat dilakukan dengan melaksanakan sesi pembentangan dimana pelajar akan berdiri di hadapan dan bercakap mengenai topik yang telah diringkaskan dan ditulis pada bahan yang diberi. Sesi soal jawab juga akan dilakukan pada masa ini. Impak positif yang dapat digapai ialah skil atau kemahiran untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan mampu mengeluarkan hujah yang baik. Kemahiran inilah yang akan menjadikan pelajar seorang yang berani dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Gambar rajah menunjukkan aktiviti pembentangan yang telah dilakukan oleh beberapa pelajar:


Seterusnya, aktiviti gallery walk atau persembahan kreatif pelajar juga boleh dilakukan sebagai salah satu aktiviti bilik darjah kerana dari situ pelajar dilatih untuk bersedia dan memahami setiap topik yang diberi. Pelajar juga akan dilatih untuk berfikir secara kreatif dan terbuka.

Gambar rajah menunjukkan aktiviti gallery walk yang dijalankan di dalam bilik darjah:



Persembahan kreatif yang dimaksudkan mungkin boleh dilakukan oleh pelajar seperti mencipta lirik dan lagu berdasarkan topik di dalam matapelajaran sejarah dan sebagainya. Namun begitu, aktiviti sebegini sudah kurang dijalankan semenjak negara dilanda wabak covid-19 dan dikatakan bilangan setiap kumpulan juga terhad kepada dua orang pelajar.


 PENGURUSAN BILIK DARJAH

Definisi

Menurut Alberto dan Troutman pada tahun 1986, pengurusan bilik darjah membawa maksud kepada kaedah atau cara yang digunakan utuk mengurus segala jenis susunan fizikal, aktiviti dan keadaan psikososial bagi melancarkan segala proses pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuan utama untuk mewujudkan persekitaran yang efisien dan teratur ialah bagi melancarkan dan memudahkan semua pihak terutama guru dan pelajar. Jika dikaitkan dengan bilik darjah maka golongan yang terlibat dalam pengurusan ini semestinya guru dan para pelajar.

Rujukan:

-Asyikin4996 Follow. Bab 6 pengurusan bilik darjah

https://www.slideshare.net/Asyikin4996/bab-6-pengurusan-bilik-darjah




RUTIN DALAM BILIK DARJAH

  RUTIN DALAM BILIK DARJAH Setiap bilik darjah pasti akan disediakan satu jadual kebersihan dan ia berfungsi untuk mengajar setiap pelajar s...