Susun atur bilik darjah pada abad ke-21 ini sangat berbeza dengan susun atur pada ketika dulu kerana ia melibatkan interaksi antara guru dan pelajar supaya guru dapat menguasai dan mengelola keseluruhan kelas supaya tiada lagi isu pelajar tercicir. Susun atur ini amat penting bagi merapatkan lagi hubungan natara guru dan pelajar agar segala ilmu yang dicurahkan sampai kepada pelajar dan pelajar lebih mudah untuk bertanyakan soalan kepada guru. Ini lah yang dikatakan pembelajaran abad ke-21 yang melibatkan interaksi dua hala. Jika sebelum ini, hanya guru sahaja yang lebih bersemangat manakala pelajar tidak dapat melakukan aktiviti dan bertanyakan soalan dengan baik.
SUSUNAN MEJA SECARA BERKUMPULAN ATAU INDIVIDU
Susun atur bilik darjah ini dapat dilaksanakan dengan beberapa kaedah seperti susunan meja secara berkumpulan atau individu. Sebenarnya, banyak kebaikan dan kelebihan yang akan diperolehi jika susun atur bilik darjah ini diamalkan kerana susun atur bilik darjah yang baik akan meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar. Susunan meja secara berkumpulan dapat membantu pelajar menguasai 4K iaitu komunikasi, kolaberatif, kritis dan kreatif manakala susun atur meja secara individu pula mendidik pelajar supaya lebih fokus dan berdikari sendiri dalam menyelesaikan tugasan dan masalah.
Susun atur secara individu ini pula membantu guru untuk memantau pelajar dengan lebih mudah dan secara menyeluruh. Situasi ini juga akan membantu untuk mewujudkan suasana yang tenang kerana pelajar tidak dapat berborak dengan rakan sebelah malah mereka lebih fokus kepada apa yang disampaikan kepada mereka.
Berikut merupakan susunan meja secara berkumpulan dan individu:
Sumber gambar dari: gambar susun atur bilik darjah yang menarik - MUGMERAH™
Sumber gambar dari : Norma Baharu 754 Pelajar SK Taman Hi Tech | Malaysia Aktif
MEWUJUDKAN PERPUSTAKAAN MINI
Perpustakaan mini amatlah penting untuk dijadikan sebagai tapak bagi melatih para pelajar agar menjadi individu yang rajin untuk membaca dan meluangkan masa terlapan dengan perkara yang berfaedah. Selain memudahkan pelajar untuk mendapatkan sumber rujukan tambahan, ia juga membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan produktif.
Dibawah ini merupakan contoh perpustakaan mini di dalam bilik darjah :
No comments:
Post a Comment