Friday, July 1, 2022

AKTIVITI DALAM BILIK DARJAH

Dalam setiap bilik darjah, guru perlu melaksanakan strategi berkesan bagi memastikan bahawa apa yang disampaikan kepada setiap pelajar dapat diterima dalam keadaan baik. Maka dengan itu, guru di semua sekolah mengambil inisiatif dengan menjalankan aktiviti dalam bilik darjah. Hal ini kerana peratusan pelajar untuk memahami setiap topik akan menjadi lebih mudah andai aktiviti bersama rakan-rakan dapat dijalankan di dalam bilik darjah.

Terdapat banyak jenis aktiviti yang dijalankan di bilik darjah dan ia melibatkan beberapa kumpulan yang dipilih oleg guru mata pelajaran tersebut. Kemudian, setiap kumpulan akan diberi bahan dan topik yang perlu dicari isi penting dan diletakkan pada bahan yang diberi. Namun begitu, semua ahli kumpulan perlu memahami setiap apa yang disampaikan agar segala persoalan dan ilmu yang hendak dikongsi menetapi topik yang dipelajari. 

Ini merupakan contoh aktiviti peta i-think yang dilakukan oleh pelajar:


Selain dari itu, aktiviti bersama dengan pelajar juga dapat dilakukan dengan melaksanakan sesi pembentangan dimana pelajar akan berdiri di hadapan dan bercakap mengenai topik yang telah diringkaskan dan ditulis pada bahan yang diberi. Sesi soal jawab juga akan dilakukan pada masa ini. Impak positif yang dapat digapai ialah skil atau kemahiran untuk bercakap dihadapan khalayak ramai dan mampu mengeluarkan hujah yang baik. Kemahiran inilah yang akan menjadikan pelajar seorang yang berani dan yakin dengan kebolehan diri sendiri.

Gambar rajah menunjukkan aktiviti pembentangan yang telah dilakukan oleh beberapa pelajar:


Seterusnya, aktiviti gallery walk atau persembahan kreatif pelajar juga boleh dilakukan sebagai salah satu aktiviti bilik darjah kerana dari situ pelajar dilatih untuk bersedia dan memahami setiap topik yang diberi. Pelajar juga akan dilatih untuk berfikir secara kreatif dan terbuka.

Gambar rajah menunjukkan aktiviti gallery walk yang dijalankan di dalam bilik darjah:



Persembahan kreatif yang dimaksudkan mungkin boleh dilakukan oleh pelajar seperti mencipta lirik dan lagu berdasarkan topik di dalam matapelajaran sejarah dan sebagainya. Namun begitu, aktiviti sebegini sudah kurang dijalankan semenjak negara dilanda wabak covid-19 dan dikatakan bilangan setiap kumpulan juga terhad kepada dua orang pelajar.


No comments:

Post a Comment

RUTIN DALAM BILIK DARJAH

  RUTIN DALAM BILIK DARJAH Setiap bilik darjah pasti akan disediakan satu jadual kebersihan dan ia berfungsi untuk mengajar setiap pelajar s...